Umum

74 ahli parlimen Perikatan Nasional tidak hadir Parlimen bagi solidariti untuk Muhyiddin

74 Ahli Parlimen Perikatan Nasional tidak hadir dalam persidangan Parlimen pada Khamis (9 Mac).

Menurut Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, kesemua ahli Parlimen PN akan berhimpun di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi menunjukkan solidariti kepada Pengerusi Perikatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipanggil ke ibu pejabat SPRM pada hari ini.

Difahamkan, seramai 43 ahli parlimen PAS dan 31 ahli parlimen Bersatu bakal menghadiri solidariti itu.

Menurut sumber yang tersebar, bahawa akan ada seorang pemimpin kanan dalam PN bakal akan ditangkap dan didakwa oleh SPRM atas dakwaan tuduhan rasuah berkaitan dana parti.

SPRM juga sedang menyiasat dakwaan kononnya kontraktor terpilih memasukkan RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebagai dana sebelum pilihan raya umum lalu.

Muhyiddin turut menafikan perkara itu, menyifatkan ia sebagai fitnah politik yang berniat untuk mencemarkan nama baiknya sebagai bekas perdana menteri.

Baru-baru ini, bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan timbalan ketua bahagian Segambut Adam Radlan Adam Muhammad didakwa di mahkamah.

Mereka didakwa mengumpul dana daripada penganugerahan projek semasa Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.

Pada 2 Mac, Bendahari Bersatu Datuk Seri Mohd Salleh Bajuri direman atas permintaan SPRM selama dua hari dan dibebaskan pada 3 Mac.

Sumber: The Star

PALING POPULAR

To Top