Umum

Laungan ‘Hidup Tan Sri’ bergema dihadapan ibu pejabat SPRM, Penyokong Muhyiddin mula berhimpun

Kumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin mula mengedarkan baju tertera perkataan ‘Prihatin Bersih Stabil’ (PN Best) dan gambar bekas perdana menteri itu, yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Baju berwarna putih itu diedarkan kepada mereka yang berkumpul di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dan dipakai sebagai tanda solidariti kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Beberapa penyokong turut melaungkan “Hidup Tan Sri” ketika berhimpun.

Setakat jam 10 pagi, kumpulan penyokong dilihat semakin ramai, dengan turut dihadiri Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Muhyiddin dijadual tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 10.30 pagi.

PALING POPULAR

To Top