Umum

8 Tanda Penghidap Kemurungan Tersembunyi

Gambar Hiasan

Kemurungan juga dikenali dalam perubatan sebagai “depressive disorder” atau kemurungan klinikal adalah penyakit sebenar dan bukan petanda kelemahan seseorang atau kekurangan pada dirinya.

Seperti masalah kesihatan yang lain, kemurungan ini boleh dirawat dan kebanyakan pesakit sembuh selepas mendapat rawatan.

Kebanyakan kes kemurungan yang tidak dirawat, berakhir dengan pengakhiran yang tragik dan tidak diingini.

Di antara 10% hingga 15% orang yang menghidap kemurungan yang teruk dan tidak dirawat mengambil keputusan untuk mengambil nyawa sendiri.

Golongan ini kerap menyembunyikannya sebagai satu rahsia gelap di mana mereka tidak mahu mendedahkannya kepada sesiapa.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan 1 dalam 4 remaja mengalami gejala kemurungan pada tahun 2022 berbanding 1 dalam 5 remaja mengalami gejala kemurungan pada 2019.

Memandangkan penghidap kemurungan cenderung untuk menyembunyikannya, bagaimana kita boleh mengenal individu yang mengalami kemurungan tersembunyi ini?

 

1. Kelihatan penat dan sentiasa mengadu cepat keletihan

Kesan sampingan kemurungan lazimnya adalah keletihan yang berterusan. Tidak semua orang dengan masalah ini dapat berjuang dengannya, tetapi ia adalah perkara yang sangat biasa. Begitu juga jika seseorang itu hidup dengan kemurungan yang tidak didiagnosis, punca keletihan boleh jadi mengelirukan. Ini kerana mereka mendapatkan tidur yang cukup namun bangun pagi dengan perasaan seperti mereka hanya tidur beberapa jam

 

2. Sikap gelisah atau mudah marah

Sikap panas baran boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan masalah. Bagaimanapun ia sering juga dikaitkan dengan penghidap kemurungan. Kelakuan ini boleh ditafsirkan sebagai kemurungan melankolik walaupun itu sebenarnya bukan apa yang mereka rasakan. Ini adalah kerana kemurungan tersembunyi adalah masalah kesihatan yang tidak boleh dilihat atau diukur.

 

3. Perasaan kekosongan atau tertekan yang berpanjangan

Penghidap kemurungan yang dilihat memiliki tanda seperti di atas dibayangkan melibatkan perasaan ataupun emosi sedih. Tetapi, sebenarnya keadaan itu adalah sebaliknya kerana individu yang mengalami kemurungan cenderung untuk tidak merasai apa-apa emosi dan menggambarkan ia bagaikan preasaan yang kosong. Setiap individu adalah berbeza dengan reaksi bergantung kepada individu itu sendiri, tetapi sesetengah orang yang mengalami kemurungan mengadu berasa hampir kaku dan perkara yang dekat dengan emosi yang mereka alami adalah kesedihan dan atau kemarahan.

 

4. Kehilangan minat terhadap aktiviti atau hobi yang diminati

Kurangnya minat dalam melakukan aktiviti yang pernah diminati dalam satu tempoh masa yang panjang boleh menjadi tanda seseorang itu mengalami kemurungan. Seperti mana yang dinyatakan di atas, kemurungan yang sama ada melibatkan beban fizikal dan mental menjadikan perkara yang pernah mereka gemari sukar untuk dilakukan.

 

5. Perubahan pada tabiat dan nafsu makan

Perubahan pada tabiat makan boleh kelihatan dalam 2 keadaan, iaitu selera makanan menjadi lebih kuat ataupun, kehilangan selera makan. Makan terlalu sedikit atau terlalu banyak adalah merupakan tanda kemurungan yang biasa. Dalam situasi makanan dijadikan sumber kepuasan bagi orang yang mengalami kemurungan, mereka cenderung untuk makan secara berlebihan ataupun sekiranya sebaliknya iaitu kehilangan nafsu makan yang menyebabkan pemakanan yang terlalu sedikit.

 

6. Terasa putus asa tentang kebahagiaan diri (dan pasangan)

Penghidap kemurungan yang tersembunyi kebanyakan tidak bersemangat melakukan perkara yang mereka suka atau pernah suka. Ini termasuk juga untuk meluangkan masa bersama pasangan atau individu yang disukai. Bila tanya mengapa, kerap kali mereka mengatakan tidak ambil peduli lagi. Penghidap kemurungan seperti ini lebih cenderung untuk duduk bersendiri. Kelakuan seperti ini mungkin merupakan tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

 

7. Tidak mendapat tidur yang mencukupi

Jika orang yang kita kenali mengadu kitaran tidurnya terganggu, sama ada tidak dapat tidur yang secukupnya atau terlebih tidur, ini mungkin merupakan tanda amaran menunjukkan ada sesuatu yang kurang baik. Masalah-masalah tidur ini mungkin hanya tanda luaran kepada sebab yang lebih mendalam dan penuh bermasalah di mana boleh menyebabkan kebimbangan, kurang aktif atau kemurungan. Masalah tidur dan kemurungan selalunya berkait rapat antara satu sama lain.

 

8. Kesukaran ingat sesuatu atau membuat keputusan

Penghidap kemurungan kekadang menunjukan kesukaran untuk beri perhatian pada sesuatu masa. Ia kelihatan seperti kurang fokus dan dalam sesetengah penghidap, penghidap juga kelihatan sukar untuk mengingati sesuatu dengan terperinci. Dalam kes seperti ini juga, penghidap sukar untuk membuat keputusan, lebih lagi dalam keadaan tertekan.

Sekiranya kita perasan sesiapa mempunyai tanda-tanda diatas, hubungi doktor atau pakar terapi untuk dapatkan nasihat dan rawatan sekiranya perlu.

Untuk yang berasa mungkin menghadapi beberapa simptom di atas, boleh cuba buat soal selidik menerusi pautan

https://mentari.moh.gov.my/app/Modules/Patient/public-dass/

 

Artikel ini telah dihasilkan dengan kerjasama Malaysia Health and Humanity Organisation dan telah disemak oleh Dr. Danial Afiq Abdul Rahman

 

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top