Umum

9 individu dpercayai terlibat penipuan kripto ditahan polis

Gambar Hiasan

Polis menahan 9 individu dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan pelaburan mata wang kripto dalam talian selepas menyerbu dua unit kondominium di Salak Selatan di sini, hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata semua suspek yang ditahan dalam serbuan kira-kira 2.30 petang itu terdiri daripada 7 lelaki warga China, seorang wanita warga Taiwan dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun.

Beliau berkata siasatan awal mendapati unit kondominium itu digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan pelaburan matawang kripto secara dalam talian menyasarkan mangsa dari Taiwan dan Hong Kong.

Setiap ahli sindiket menerima komisen RM4,000 hingga RM8,000 sebulan yang bermula operasi sejak 2019. Polis turut merampas 9 unit komputer riba, 11 telefon bimbit pelbagai jenama dan masing-masing 2 unit modem dan router,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata kesemua individu terbabit direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 120(B) / 420 /511 Kanun Keseksaan.

Beliau menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan sindiket seperti ini melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

PALING POPULAR

To Top