Travel

9 Perkara Anda Patut Cuba Sebelum Umur 30 Tahun!

Hidup hanya sekali sahaja. Kita dapat merasa waktu remaja sekali dan merasa waktu tua hanya sekali seumur hidup.

Jadi, selagi masih muda, apa kata anda cuba perkara yang anda tak pernah lakukan? Lebih-lebih lagi sebelum usia 30 tahun.

Selepas fasa usia ini, memang tiada masa dah nak cuba semua perkara yang kami akan senaraikan ini.

Ambil peluang ini untuk lakukan ‘kerja gila’ ini sekali seumur hidup!

1. Tinggal di bandar besar

Bandar besar tu seperti Manhattan, New York dan bandar besar di dunia. Apa yang menariknya ialah selain belajar berdikari, anda akan bertemu dengan bermacam jenis orang dari seluruh dunia.

2. Mencabar diri dari segi fizikal

Apa kata anda sertai marathon yang di adakan di tempat anda. Setiap tahun pasti ada je acara marathon terbesar. Apa yang pasti, ia mengajar anda untuk berusaha untuk mencapai sesuatu.

3. Belajar & amalkan meditasi

Meditasi adalah satu cara untuk mengatasi dan menguruskan tekanan. Amalkan setiap kali anda mengalami tekanan di tempat kerja atau masalah lain. Ia sekaligus membuatkan anda lebih tenang dan fokus.

4. Cuba Online Dating

Nampak macam mengarut. Jika anda masih lagi singgle, tak salah untuk mencuba online dating. Sekali-sekala buat kerja gila, apa salahnya. Tapi, kalau nak pergi temu janji tu pastikan berteman. Takut-takut lain yang jadi nanti.

5. Jatuh cinta

Ini antara perkara yang anda perlu lakukan sebelum usia mencecah 30 tahun. Memang rugi jika anda tak rasa indahnya jatuh cinta.

6. Kegagalan

Ini paling penting. Mengalami kegagalan di usia 20-an mampu membuatkan anda lebih berjaya di masa akan datang. Ia mengajar untuk anda lebih berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Gagal di usia muda, boleh cuba lagi.

7. Mengembara seorang diri

Diusia ini lah sesuai untuk mengembara seorang diri sebab tiada komitmen lain. Masa ini lah anda boleh melihat budaya negara lain. Dah ada isteri dgn anak nanti tak ada peluang dah nnt.

8. Mula berniaga walaupun kecil-kecilan

Di usia muda la macam-macam boleh buat. Rasa erti penat lelah, kegagalan dan kejayaan. Kalau yang masih belajar, takkan nak harap duit mak ayah lagi. Kalau yang makan gaji, takkan nak ada setakat tu je. Sekarang ni dah ada macam-macam yang anda boleh jual.

9. Mula buat blog sendiri

Masa ini lah paling best kalau nak buat blog sendiri. Selain tingkatkan kemahiran dalam penulisan, semua cerita di waktu muda di akan abadikan sehingga hari tua. Bila dah tua nanti dan baca balik semua tu memang teringat kembali kenangan terindah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top