Umum

95 peratus pelajar bawah 16 tahun di Perlis terima vaksin COVID-19 minggu ini

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis menyasarkan 95 peratus pelajar di bawah 16 tahun di negeri itu akan menerima vaksin COVID-19 sepanjang minggu ini.

Pengarahnya, Naharudeen Othman berkata, itu antara usaha dilakukan dalam mewujudkan persekitaran selamat untuk semua pihak terlibat, seterusnya meningkatkan ekosistem pendidikan.

“Di Perlis, murid-murid di bawah 16 tahun saya percaya, 95 peratus akan divaksinasi dalam minggu ini.

“Ini memberikan keyakinan yang penuh bahawa sekolah adalah tempat yang selamat,” katanya.

Beliau turut meletakkan harapan agar jumlah pelajar yang menolak vaksin di negeri itu tidak ramai.

Justeru, sokongan daripada ibu bapa sangat penting dalam memastikan kelancaran proses vaksinasi kepada kumpulan pelajar terlibat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Hari Guru Peringkat Negeri Perlis, Rabu malam.

Penyampaian sijil penghargaan kepada 10 penerima pelbagai anugerah dan 104 buah sekolah di negeri itu dilakukan secara pandu lalu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

PALING POPULAR

To Top