Susahkan nak cari kerja sekarang? Sekiranya ada pun tetapi ia di luar bidang kita tapi orang kata grab jelah peluang yang ada untuk jadikan pengalaman.
Namun begitu, masih ramai pekerja yang tidak tahu tentang hak mereka terhadap kontrak pekerjaan bertulis.
Ini paling penting tau! Korang jangan sesekali letakkan kepercayaan yang tinggi terhadap keikhlasan majikan sehingga korang tidak menuntut sebarang perjanjian.
Korang kena elakkan dan ini adalah ‘red flags’ kepada majikan tersebut.
Mengapa perlu ada kontrak bertulis?
Kontrak bertulis ini adalah kontrak antara pekerja dan majikan ataupun (contractual relationship). Di dalam kontrak ini akan termeterai hak serta tanggungjawab kedua pihak.
Kontrak ini akan mengandungi beberapa undang-undang yang secara spesifik merujuk kepada tanggungjawab pekerja dan majikan yang perlu dipatuhi. Antaranta Akta Kerja, Akta KWSP, dan sebagainya.
Kontrak kerja bertulis dapat menunjukkan bahawa:
- Wujud hubungan majikan-pekerja (bezakan dengan kontraktor bebas/independent contractor)
- Kedua-dua pihak tahu tanggungjawab dan hak masing-masing (contohnya jumlah gaji, bila tarikh bayaran gaji, jumlah cuti tahunan, cuti umum, dan sebagainya)
- Jika wujud pertikaian di antara majikan dengan pekerja, terma-terma kontrak pekerjaan akan menjadi sumber rujukan.
Hak pekerja terharap kontrak pekerjaan bertulis
Jika perkhidmatan korang melebih tempoh 1 bulan, majikan hendaklah memberikan kontrak pekerjaan secara bertulis kepada pekerja sebelum atau pada hari pertama bekerja.
Bukan hanya pekerja sepenuh masa sahaja perlu ada kontrak bertulis ini tetapi kepada korang yang bekerja tetap, kontrak, part-timer, probationer dan ia terkecuali bagi korang yang bekerja sebagai freelancer dan kontraktor bebas (independent contractor).
Selaginya nama korang pekerja, korang perlu ada kontrak bertulis ini.
Oleh itu, korang hendaklah terlebih dahulu:
- Memahami perbezaan di antara ‘contract for service’ dengan ‘contract of service’ untuk mengetahui sama ada korang seorang pekerja atau kontraktor bebas; dan
- Memastikan sama ada korang pekerja yang dilindungi di bawah aktra kerja sebab jika tidak, anda mungkin tidak dapat menuntut faedah minima yang diperuntukkan di dalam akta kerja.
Kandungan kontrak bertulis
Ia mesti mengandungi sekurang-kurang butiran seperti berikut:
- Nama pekerja dan no K/P
- Pekerjaan
- Gaji (tidak termasuk elaun lain)
- Elaun yang boleh dibayar dan kadarnya
- Kadar OT
- Faedah-faedah lain
- Waktu kerja biasa sehari (normal hours of work per day)
- Tempoh notis penamatan pekerjaan atau bayaran ganti notis
- Jumlah cuti umum dan cuti tahunan berbayar
- Tempoh gaji
Selain itu, majikan juga boleh menambah butiran tambahan, misalnya tentang faedah perubatan, perpindahan tempat kerja (transfer), dan sebagainya.
Majikan enggan beri kontrak bertulis
Sekiranya majikan korang enggan memberikan kontrak bertulis, korang jangan malu dan takut untuk minta.
Ia adalah hak korang sebagai pekerja! Majikan yang enggan memberi kontrak bertulis adalah ‘red flags’ kepada pekerja malah tidak berniat ikhlas terhadap korang. Sekiranya berlaku sesuatu seperti syarikat bankrup, dan sebagainya korang pasti susah untuk membuat sebarang tuntutan.
Malah, korang tidak akan dapat membuktikan hak anda kepada Jabatan Tenaga Kerja apabila ingin membuat tuntutan.
Jadi choose wisely gais, jangan termakan dengan janji-janji majikan sekiranya ia tidak bertulis dan dipersetujui oleh kedua pihak.