Umum

Astro Go Shop menghentikan operasi pada 11 Oktober ini

Dengan merujuk keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan perubahan dari segi tabiat membeli-belah pengguna, “Go Shop” yang dikendalikan oleh Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS) membuat keputusan untuk menghentikan operasi berkuatkuasa 11 Oktober 2023.

Kenyataan itu dibuat oleh Astro Malaysia Holding Berhad (AMH) yang memiliki AGSS melalui Astro Retail Ventures Sdn Bhd (ARV) yang mempunyai pegangan saham 60% dan baki 40% dipegang oleh GSR Holding.

Dengan ini, Go Shop tidak dianggap sebagai anak syarikat material AMH dan tidak dijangka mempunyai kesan material ke atas jumlah pendapatan yang disatukan sesaham, aset bersih sesaham atau dalam persediaan untuk tahun kewangan berakhir 2024 bagi AMH”

Keputusan itu (menghentikan Go Shop) juga merupakan sebahagian daripada strategik penjajaran semula yang sedang dijalankan oleh Astro, termasuk pelaksanaan langkah-langkah utama penjimatan kos.

Terdapat penurunan trend dalam kaedah pembelian dari rumah sebegini dan penutupannya akan memastikan sumber Astro dapat ditumpukan terhadap perniagaan-perniagaan yang mampu menyumbang perbezaan terbesar kepada keseluruhan operasi.

Go Shop merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsinya atas sokongan padu mereka sejak beberapa tahun lalu.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Go Shop atas semangat dan dedikasi mereka terhadap jenama iniselama bertahun-tahun,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

PALING POPULAR

To Top