Umum

Nadia Brian terbuka jodoh duda

Gambar FB Rotikaya

 

Pelakon terkenal Nadia Brian menyatakan pendirian beliau terbuka untuk menerima lelaki yang pernah berkahwin asalkan bukan suami orang.

Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, menyatakan demikian dengan syarat jejaka tersebut bukan suami orang kerana tidak mahu dilabelkan sebagai perosak rumah tangga orang lain.

Menurut laporan di media Nadia meletakkan kriteria untuk bernikah dengan lelaki yang memahami dan kalau boleh tidak mahu berstatus suami orang sebab tak nak jadi penyondol.

Memetik Kosmo, Nadia berkata “Saya tidak memilih tetapi akan pastikan dia jelaskan dahulu status sama ada bujang atau suami orang. Saya tidak menolak sekiranya dia duda atau ada anak.”

Tambahnya, dia juga enggan memberi harapan terlalu awal kepada mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya sebaliknya memilih untuk mengenal hati budi terlebih dahulu.

Nadia turut menolak dakwaan hatinya sudah dimiliki, namun masih lagi mencari dan mungkin terlalu sibuk jadi sampai tak sempat nak bertemu janji atau berjumpa dengan mana-mana lelaki.

“Insya-Allah doakan saya bertemu jodoh yang baik selepas ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 bagaimanapun pasangan itu telah bercerai pada April 2021.

 

 

Sumber Kosmo

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top