Umum

Gas ammonia bocor, kawasan persekitaran ditutup

Gambar Facebook

Kebocoran gas ammonia dipercayai dari sebuah kilang ais menyebabkan kawasan sekitar Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara ditutul kepada oramg awam.

Polis bergegas ke tempat kejadian susulan menwrima panggilan kecemasan MERS 999 sekitar jam 10 malam, hari Selasa.

Pihak polis turut dibantu oleh 27 anggota bomba yang berhampiran.

Dalam laporan media, Ketua Polis Petaling Jaya, Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kawasan yang berkeluasan kira-kira 400m persegi itu ditutup kepada orang awam ekoran bacaan indeks pencemaran sebanyak 200 partical per sejuta (ppm).

“Penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan atau rawatan di hospital berhampiran sekiranya mengalami sebarang simptom serta muntah akibat terbau gas tersebut,” katanya.

Sehingga kini, tiada sesiapa yang terkesan dengan kejadian itu dan penduduk berdekatan yang terhidu bau gas serta mengalami simptom pening dan muntah perlu memaklumkan segera kepada polis untuk rawatan di hospital.

Kawasan tersebut masih ditutup kepada orang awam setakat jam 1pm dan orang awam diminta menggunakan laluan lain bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

PALING POPULAR

To Top