Umum

Tiktok bakal membolehkan video berdurasi sehingga 15 minit?

TikTok tidak lama lagi akan beralih daripada menjadi platform konten pendek sahaja dan sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna memuat naik video selama 15 minit.

Daripada permulaan konten yang hanya 15 saat, ia secara perlahan meningkat ke 60 saat, 3 minit dan sehingga kini 10 minit.

Ini adalah peningkatan yang ketara daripada had 10 minit sekarang yang akan meletakkan TikTok sebagai persaingan yang hampir dengan YouTube.

Secara rasmi, TikTok tidak menyatakan bila atau jika ia merancang untuk melancarkannya kepada semua orang.

Berita ini mula ditularkan di media sosial apabila seorang memuat naik tangkap layar di “threads” yang menyatakan “Upload videos up to 15 minutes long! Make sure your app is up-to-date, then try uploading from your app or desktop on tiktok.com.”

Walau bagaimanapun, langkah itu adalah petunjuk jelas bahawa TikTok sedang mengatur strategi untuk menarik pencipta kontent video lebih panjang yang biasanya menyiarkan kandungan di YouTube.

Terdahulu, TikTok dilihat sebagai platform untuk kandungan bentuk pendek dan YouTube untuk kandungan bentuk panjang.

YouTube juga dilihat memperluaskan keadah penggunaannya dengan perkenalan shorts, yang popular untuk kontent video pendek.

PALING POPULAR

To Top