Umum

5 suspek termasuk 2 pasangan suami isteri ditahan

Gambar Hiasan

5 suspek termasuk 2 pasang suami isteri telah ditahan polis berhubung laporan palsu penemuan bayi dan penjualan bayi kepada pihak ketiga.

Ketua Polis Machang, Mohd Adli Mat Daud, berkata pihaknya telah menerima laporan daripada sepasang suami isteri berusia 40 dan 43 tahun tahun mengenai penemuan seorang bayi perempuan berusia 14 hari dalam beg pada hari Selasa lalu.

Menurutnya, pasangan tersebut mendakwa bayi itu ditemui bersama nota tulisan tangan pengakuan penyerahan anak secara sukarela tanpa nama penulis dan sehelai borang kelahiran tidak lengkap dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Siasatan yang dijalankan telah mengenal pasti maklumat ibu bayi tersebut sebelum tangkapan kedua ibu bapa bayi berumur 24 dan 26 tahun dibuat pada hari Rabu lalu.

Siasatan turut mendapati bahawa laporan awal hang dibuat berkenaan penemuaan bayi itu palsu, dan mereka berdua sebenarnya mendapati bayi tersebut dari orang tengah dengan sejumlah bayaran.

Beliau berkata, bayi itu dilahirkan di HSNZ pada 5 Okt lalu.

“Disebabkan malu dan takut diketahui keluarga kerana bayi dilahirkan sebulan selepas berkahwin, ibu bapa bayi tersebut serahkan kepada pihak kedua untuk dijaga.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang bertindak sebagai orang tengah. Polis juga sedang mengesan rakan suspek itu bagi membantu siasatan,” katanya

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top