Umum

Seorang tahanan lelaki meninggal dunia dalam lokap

Gambar Hiasan

Seorang lelaki yang ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 disahkan meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan meniarap di lokap Balai Polis Sungai Besar.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Azri Ahmad menyatakan bedah siasat yang dilakukan mendapati tiada unsur jenayah berlaku kepada tahanan berusia 49 tahun itu.

Menurut laporan media, orang kena tangkap (OKT) berusia 49 tahun itu ditemukan dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri pada 27 Oktober sekitar jam 3.30 pagi sehari selepas ditahan pada 26 Oktober.

Pihak hospital telah dihubungi dengan segera sujurus selepas OKT ditemui tidak sedarkan diri untuk mendapatkan rawatan lanjut

Pada sekitar jam 4.40 pagi, penolong pegawai perubatan telah hadir dan telah mengesahkan OKT telah meninggal dunia sebelum membuat pemeriksaan ke atasnya.

Meneurutnya lagi, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh telah mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya.

 

 

PALING POPULAR

To Top