Selebriti popular Mawar Rashid telah mengumumkan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob menerusi hantaran IG story di akuan Instagram miliknya.
Menurutnya, mereka berpisah atas dasar tiada persefahaman antara satu sama lain, namun tambahnya Raf dan saya masih lagi mempunyai hubungan baik dan akan kekal begitu.
“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan semua sokongan dan menyayangi keperluan anak-anak kami.
“Co-parenting yang baik adalah penting dan merupakan sesuatu yang akan kami usahakan Insya-Allah,” katanya.
Mawar juga berharap tiada lagi spekulasi atau komen negatif berkenaan perkahwinan mereka selepas ini.
“Kepada rakan-rakan media, terimalah kenyataan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua akan menghormati ini.
“Kepada followers, kami berharap anda semua dapat mendoakan yang baik untuk kita berdua. Tolong jangan membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang perkara negatif.
“Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” tulisnya.