Umum

Ashwad Ismail Presiden ISWAMI baharu bagi penggal 2023-2025

Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail telah dipilih sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh penggal 2023-2025.

Lantikan tersebut menggantikan Datuk Mokhtar Hussain pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang diadakan semasa Mesyuarat Agung Iswami 2023-2025, pada hari Khamis.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dipilih sebagai Timbalan Presiden Iswami.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Hanim Muhili dipilih sebagai Naib Presiden 1 Iswami dan Ketua Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Kamarudin Mape dipilih sebagai Naib Presiden 2 Iswami manakala Jawatan Setiausaha Agung Iswami kekal kepada Mohd Shukri Ishak, Ketua Penyiaran (TV dan Radio) BERNAMA.

Ashwad merakamkan ucapan terima kasih dan berharap Iswami dapat melakukan satu perubahan yang lebih besar untuk memberi impak kepada negara serta hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

“Kita akan mengukuhkan lagi peranan Iswami dan membawa Iswami ke peringkat lebih tinggi dan peringkat antarabangsa,” katanya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top