Umum

Identiti Mr.H tidak akan didedahkan

Gambar Hiasan

Identiti individu yang digelar sebagai ‘Mr H’ dalam kes rakaman perbualan video berbaur lucah tidak akan didedahkan.

Ketua Polis Negara(KPN), Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa pendedahan identiti Mr H dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang dijalankan.

Media melaporkan, KPN berkata”Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah memanggil semula Mr H pada hari ini (Khamis) bagi tujuan sambungan rakaman percakapan, setakat ini kita sudah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan.”

Sebelum ini dalam satu sidang media, Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendedahkan tindakan merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai Mr H.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

PALING POPULAR

To Top