Umum

Seorang lelaki warga Singapura hilang dihanyut ombak di Desaru

Gambar JBPM

Seorang lelaki warga Singapura dipercayai hilang selepas hanyut dibawa ombak di Pantai The Westin Desaru Coast, Kota Tinggi manakala anaknya terselamat dalam kejadjan tengah hari Rabu.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim, pihaknya menerima panggilan pada 12.33 tengah hari dan sejumlah 17 anggota dari BBP Penawar, Sungai Rengit serta Mersing bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Isaac Kelvin Tan Lee Thong, 49, manakala anak lelakinya ialah Gabriel Ian Tan Way Ping, 16.

Menerusi maklumat orang awam, kedua-dua beranak dilaporkan dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum dihanyutkan.

“Selepas kejadian itu, lelaki tersebut telah hilang dan masih belum dijumpai manakala anaknya berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian.

“Lokasi kejadian tersebut sebelum ini telahpun dikibarkan bendera merah sebagai amaran kepada pengunjung supaya tidak melakukan aktiviti di pantai berikutan faktor cuaca,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masri berkata operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dengan PKO menggunakan teknik pencarian di permukaan air.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top