Umum

Nama Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) ditukar kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra)

Gambar Facebook

Jemaah Menteri telah meluluskan pertukaran nama Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra).

Menurut laporan, cadangan pertukaran nama itu dibawa oleh Menterinya Fadillah Yusof bagi menggambarkan peranan dan tanggungjawab kementerian itu dalam usaha transformasi dalam bidang tenaga dan air negara.

“Sehubungan itu, nama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan kementerian,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

KPTDGA ditubuhkan pada 12 Dis tahun lalu selepas rombakan Jemaah Menteri.

Kementerian berkenaan adalah pecahan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top