Umum

Puspakom tutup cawangan PJ City mulai 31 0gos 2024

Gambar Puspakom

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengumumkan penutupan operasi cawangannya di Petaling Jaya bermula 31 Ogos ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata, langkah itu diambil sebagai sebahagian usaha meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan kepada pelanggannya.

Penutupan cawangan Petaling Jaya merupakan langkah strategik syarikat dan tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelanggan boleh mengunjungi cawangan Puspakom lain, iaitu di Glenmarie, Padang Jaya dan Cheras, bagi mendapatkan perkhidmatan.

Untuk kemudahan pelanggan, Puspakom melanjutkan waktu operasi cawangan Glenmarie dari 7 pagi hingga 11 malam bermula 2 Sept untuk memberikan kemudahan lebih fleksibel kepada pelanggan.

 

PALING POPULAR

To Top