Umum

Banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands

Gambar Facebook

Seramai 31 mangsa daripada 5 keluarga dilaporkan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands hari Isnin.

Menurut laporan media, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Cameron Highlands memaklumkan mangsa terdiri daripada 11 lelaki, 10 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan selebihnya kanak-kanak perempuan.

Kejadian 6 petang itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat yang menyebabkan aliran sungai meningkat mendadak dan tanah di beberapa kawasan menjadi tidak stabil.

Kerja membersihkan jalan dan kawasan sekitar terjejas giat dilakukan bagi memastikan keadaan kembali selamat untuk penduduk setempat, katanya menurut Sinar Harian.

 

 

PALING POPULAR

To Top