Umum

Banjir melanda Terengganu

Gambar APM

Gelombang banjir telah mula melanda Terengganu dengan beberapa kawasan mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Tok Jembal telah dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata PPS berkenaan mula diaktifkan pada jam 7 pagi tadi.

Menurutnya kediaman penduduk di Taman Permai Murni, Kuala Nerus mula dinaiki air kira-kira jam 4 pagi tadi dan ketika ini proses pemindahan mangsa yang terjejas sedang dijalankan.

Pada hari Ahad, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu bermula semalam sehingga hari ini (Isnin).

Kawasan yang dinyatakan dalam kenyataan MetMalaysia tersebut adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

 

PALING POPULAR

To Top