Business

Village Grocer Memberikan Pengalaman Beli-Belah Premium di Sentul

Village Grocer teruja untuk mengumumkan pembukaan cawangan ke-32 pasar rayanya yang terletak di lokasi ikonik LSH33, Sentul. Lokasi baharu yang telah lama dinantikan ini bakal memberikan penduduk tempatan dan pengunjung pengalaman beli-belah yang tiada tandingan, menunjukkan komitmen Village Grocer dalam menawarkan produk dengan kualiti terbaik dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Pasar raya baharu di LSH33, Sentul ini merupakan satu tanda pencapaian untuk Village Grocer, di mana jenamanya kini semakin berkembang maju di samping memberikan pengalaman beli-belah yang premium untuk komuniti khususnya di Lembah Klang. Lokasinya yang strategik di celah keindahan kediaman moden di LSH33, ini bakal menjadi satu persinggahan pilihan ramai pembeli yang mencari barangan segar, daging berkualiti tinggi, sajian ‘artisanal’ yang lazat, dan seleksi pilihan gourmet yang istimewa.

Encik Lim Ding Shyong, Pengarah Eksekutif Lim Seong Hai Capital Sdn Bhd menzahirkan kegembiraannya dengan mengalu-alukan pembukaan LSH33, Sentul. Beliau berkata, “Village Grocer amat menepati visi syarikat dalam membina sebuah hab yang berorientasikan gaya hidup kontemporari untuk komuniti setempat. Saya yakin kerjasama baru ini akan mempertingkatkan pengalaman beli-belah para pengunjung dan mengukuhkan kedudukan LSH33 Mall sebagai destinasi pusat niaga utama di sekitar kawasan ini.”

Pengarah Eksekutif Kumpulan ‘The Food Purveyor Retail’, Encik Ivan Tan, turut sama mempamerkan keterujaannya ketika merasmikan lokasi pasar raya terbaharu mereka di LSH33, Sentul. Beliau menyampaikan rasa bangga syarikat dengan pengiktirafan yang diterima daripada Lim Seong Hai Capital Berhad. “Cawangan baharu ini bertujuan untuk memberikan pengalaman beli-belah yang premium bagi komuniti Sentul dengan menawarkan perkhidmatan terbaik Village Grocer dan pemilihan produk yang tiada tolok bandingannya”.

Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Encik Kok Kian Kee, menegaskan bahawa dedikasi Village Grocer yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan, akan dipraktiskan dalam setiap aspek di pasar raya LSH33, Sentul. Dengan pelbagai pilihan produk segar dan produk ‘artisanal’ yang dipamerkan dengan menarik, di samping staf yang berpengetahuan dan mesra pelanggan, Village Grocer sentiasa berusaha memberikan pengalaman beli-belah terunggul, yang membezakannya daripada pasar raya konvensional yang lain.

Sebagai sebuah jenama kelahiran tempatan, Village Grocer komited untuk menyumbang kepada masyarakat tempatan. Ia secara aktif menyokong dan mendapatkan sumber daripada pekebun tempatan, peniaga-peniaga kecil, dan jenama tempatan. Village Grocer turut menyokong kelestarian alam sekitar dan tekad untuk mencapai matlamat beli-belah tanpa plastik. Malah usaha Village Grocer dalam penjagaan alam sekitar, sosial dan pengurusannya telah berjaya memenangi beberapa anugerah.

Tentang Village Grocer:

Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman beli-belah. Dengan 32 buah lokasi di seluruh negara, Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar.

Village Grocer LSH33 dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam dan bersedia untuk berkhidmat kepada komuniti Sentul serta bersama-sama mencipta pengalaman beli-belah yang tidak dapat dilupakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top