Umum

Kerajaan Turunkan Harga Runcit RON97 & Diesel Mulai 14 Ogos 2025

Kerajaan mengumumkan pengurangan harga runcit RON97 dan diesel sebanyak 4 sen seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos 2025.

  • Harga runcit RON97 diturunkan kepada RM3.13 seliter.
  • Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter.
  • Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan kepada RM2.90 seliter.
  • Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Pengumuman ini dibuat seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, dengan kerajaan menekankan pemantauan berterusan bagi menyelaras harga runcit petroleum serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Harga mingguan produk petroleum ditetapkan berdasarkan Automatic Pricing Mechanism, dan kerajaan akan terus mengambil langkah bersesuaian mengikut perkembangan pasaran minyak mentah dunia.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top