Travel

Caj Jalan Genting Highlands Bermula 28 Mei ni — Ini Yang Anda Perlu Tahu

Caj Jalan Genting Highlands Bermula Khamis — Ini Yang Anda Perlu Tahu

GENTING HIGHLANDS – Bermula Khamis ini, pengguna jalan raya yang memasuki Jalan Genting Highlands akan dikenakan caj jalan baharu yang dilaksanakan oleh operator jalan, Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB).

Menerusi notis rasmi dikeluarkan LCSB, kutipan caj akan dibuat di dua lokasi utama iaitu laluan masuk Genting Highlands di Genting Sempah dan laluan masuk Gohtong Jaya di bulatan Gohtong Jaya.

Bagi kenderaan persendirian seperti kereta dan van (Kelas 1), caj dikenakan ialah RM5 bagi setiap kemasukan.

Berapa caj ikut jenis kenderaan?

Berikut kadar caj yang diumumkan LCSB:

  • Kereta / Van (Kelas 1): RM5
  • Lori sederhana (Kelas 2): RM15
  • Lori berat (Kelas 3): RM25
  • Teksi (Kelas 4): RM3.30
  • Bas (Kelas 5): RM5

Bagi kenderaan Kelas 2 hingga Kelas 5, pengguna perlu memasuki laluan menerusi “Lorong Khas” atau sistem pengecaman nombor plat (LPR).

Siapa yang dikecualikan?

LCSB turut memaklumkan beberapa kategori kenderaan dikecualikan daripada caj jalan tersebut.

Antaranya ialah:

  • Kenderaan kecemasan
  • Motosikal
  • Kenderaan persendirian penjawat awam tertentu yang bertugas di institusi kerajaan terpilih di Genting Highlands

Institusi terbabit termasuk sekolah, balai polis, balai bomba, klinik desa dan pejabat kerajaan di kawasan Genting Highlands.

Penduduk tetap boleh mohon kadar istimewa

Bermula 28 Jun 2026 pula, penduduk tetap Genting Highlands yang layak boleh mendaftarkan sehingga dua kenderaan bagi menikmati kadar istimewa.

Mereka boleh memilih sama ada:

  • Kadar 10 peratus lebih rendah bagi setiap kemasukan
  • Pas bermusim enam bulan dengan kemasukan tanpa had

Menurut LCSB, skim tersebut diperkenalkan bagi memberikan kemudahan serta penjimatan kos kepada penduduk tetap kawasan berkenaan.

Kenapa caj ini diperkenalkan?

Sebelum ini, LCSB memaklumkan caj tersebut diperkenalkan bagi menampung kos penyelenggaraan laluan persendirian Jalan Genting Highlands sepanjang 24 kilometer.

Maklumat lanjut termasuk syarat penggunaan jalan, kategori kenderaan dan prosedur pendaftaran boleh disemak menerusi laman rasmi Lingkaran Cekap.

Sumber: Lingkaran Cekap Sdn Bhd

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top