Sekarang ni bukan senang nak hidup. Harga barang semuanya naik sampai nak menyimpan duit pun payah.
Kalau macam tu, bilanya nak ada duit simpanan kalau setiap hujung bulan je poket kering? Entah-entah sampai ke tua pun tak kaya.
Bab berbelanja tak payah cakap la. Ada yang berbelanja macam la awk tu anak menteri.
Perkongsian dari Amir Syahir yang memberi tip mengenai Pengurusan Kewangan ini juga boleh membantu kita untuk membuat bajet bulanan lebih berhemah.
1. Jangan tak menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji
2. Jangan beli kereta lebih daripada kemampuan
3. Jangan malu bawa bekal ke pejabat
4. Jangan malu naik motosikal pergi kerja
Kalau kau lelaki bujang la. Kalau perempuan mungkin bahaya sikit. Utamakan keselamatan.
5. Jangan tak ambil perlindungan takaful
6. Jangan ikut kehendak yang menggunung