Umum

Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300, mohon sekarang!

Adakah anda seorang ibu tunggal yang memerlukan?

Kini, dengan bantuan khas dari program PENJANA dan Jabatan Kebajikan Malaysia, ibu tunggal yang layak boleh mendapat bantuan khas sebanyak RM300.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN 

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.

Pemohon wajib berjantina perempuan (Warganegara) dan menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:-

i.Taraf perkahwinan adalah balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

ii.Punyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah

iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

CARA PERMOHONAN

Muat turun borang permohonan ibu tunggal secara online, senarai  muat turun borang dan dokumen sokongan yang diperlukan di bawah:-

Anda juga boleh datang dan hadir di mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM di tempat tinggal anda bersama-sama borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen penting yang diperlukan:-

DOKUMEN WAJIB YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Penyata Akaun Tahunan Semasa
  • Salinan Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak Yang belum berkahwin/MyKid/MyKad/Sijil Anak Angkat
  • Salinan Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (Disahkan Penghulu/Majikan)

Maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik di sini.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top