Umum

PKP Seluruh Negara Dilanjutkan 15 JUN 2021 hingga 28 JUN 2021

PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 5,739.

Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

Semalam, 828individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, seramai 759individu dikompaun, 68direman manakala seoranglagi dijamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

  • Tidak memakai pelitup muka (162)
  • Individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (150)
  • Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (134)
  • Tiada penjarakan fizikal (103)
  • Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (86)
  • Membawa penumpang berlebihan (85)
  • Premis gagal patuhi arahan (10)
  • Lainlain (98)

PALING POPULAR

To Top