Buletin

Tiada lagi kerajaan gagal, pencapaian sudah dicapai

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan kerajaan gagal yang didalangi oleh pembangkang ternyata sama sekali tidak benar. Apabila ia sudah terjawab dengan beberapa pencapaian yang dikecapi hasil perancangan kerajaan terdahulu yang masih diusahakan sehingga kini.

Tambahan beliau, “kritikan sedemikian kini tidak lagi kedengaran apabila beberapa bukti pencapaian yang melibatkan program pemulihan yang dirancang kerajaan sudah menampakkan hasil”

“Malah kapasiti hospital juga semakin pulih dan negara sudah hampir mencapai sasaran imuniti berkelompok” ujar beliau.

Walaupun kedengaran momokan orang mengatakan angka masih tinggi tapi pecahan yang telah ditunjuk oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes-kes yang agak besar itu sebahagiannya adalah dalam kategori satu dan dua. Jumlah pesakit yang serius kategori empat hingga lima semakin berkurang dan tidak lagi ramai seperti dulu.

Ia menampakan situasi Covid-19 di negara ini dilihat semakin pulih sejak minggu lalu apabila kes sembuh mengatasi kes jangkitan baharu selain lebih banyak kelonggaran diumumkan oleh kerajaan.

“Itu hashtag kerajaan gagal itu, dia sekejap sahaja tapi realiti hari ini sudah pun terjawab” katanya semasa wawancaranya dengan Astro Awani malam tadi.

Keadaan Covid-19 di Malaysia sekarang ini, amat berbeza dengan keadaan sebelum ini sekitar bulan Mei, kapasiti hospital-hospital kerajaan khususnya melibatkan pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hampir mencapai paras maksimum dan memaksa kerajaan menyediakan alat bantuan pernafasan tambahan serta membuka pusat rawatan yang baharu bagi menampung pesakit.

Kerajaan melakukan langkah yang cepat dan berjaya mengawal keadaan dan menyelamatkan ribuan nyawa mereka yang dijangkiti Covid-19.

Selain itu, “kejayaan program vaksinasi yang menyaksikan hampir semua orang dewasa sudah lengkap dos vaksin dan sasaran ke arah imuniti kelompok yang semakin hampir berjaya dicapai, membuktikan perancangan kerajaan berada di landasan yang tepat.

“Keduanya tentang pencapaian yang agak luar biasa ialah proses vaksinasi yang saya telah maklumkan tadi. Saya arahkan KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) supaya kita jalan terus walaupun di peringkat awal itu tak berapa clear.

“Harga vaksin pun waktu itu orang tak tahu berapa harga. Saya kata beli. Jadi dengan sebab arahan saya, kita sudah dapat menguasai bekalan vaksin yang lebih daripada mencukupi,” katanya lagi.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan 24 Februari lalu, mencapai sasaran lebih awal iaitu pada 21 Sept 2021 daripada tarikh jangkaan awalnya pada penghujung oktober.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top