Buletin

Radzi Jidin memberi sumbangan kepada mangsa banjir Dengkil

Dengkil lumpuh selepas kawasan perumahan dan premis perniagaan ditenggelami banjir, susulan hujan dan air naik.

Semalam, tinjauan yang dilakukan oleh Dr Radzi Jidin yang turut disertai oleh TKSU Perancangan dan Pembangunan KPM serta CEO Yayasan Didik Negara mendapati seramai 800 orang mangsa banjir ditempatkan di PPS Labohan Dagang, Dengkil.

“Mengikut maklumat yang kami terima, PPS ini memerlukan bekalan ubat-ubatan, keperluan peribadi  dan lampin pakai buang. Jadi kami usahakan untuk menghantar barangan tersebut berserta beberapa keperluan lain ke PPS SK Labohan Dagang,”

“Semasa meninjau sekitar PPS, saya dapati pam air di sekolah ini memerlukan pembaikan segera bagi kemudahan penduduk yang ditempatkan di sini. InsyaAllah, KPM akan mengambil tindakan pembaikan dengan segera.  Kemudah lain seperti lampu dan kipas di bilik darjah yang rosak juga akan dibaiki segera,”

“Selain itu, sebagai tindakan jangka panjang, KPM akan membina satu laluan baharu bagi melancarkan aliran masuk/keluar sekolah. Ketika ini berlaku kesesakan apabila ramai penyumbang hadir memberikan sumbangan dalam satu-satu masa”.

Beliau juga berkata sebagai tindakan jangka panjang, KPM akan membina satu laluan baharu bagi melancarkan aliran masuk/keluar sekolah bagi memudahkan penyumbang hadir memberikan sumbangan dalam satu-satu masa.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top