Umum

Polis pertingkat kawalan keselamatan di Penjara Kajang

Polis meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di sekitar pintu masuk Penjara Kajang, lokasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dihantar pada 6.47 petang tadi untuk menjalani hukuman.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata setakat ini, keadaan di sekitar penjara berkenaan terkawal.

“Keadaan masih terkawal. Berapa ramai kekuatan, saya tidak boleh dedahkan. Bagaimanapun, pihak polis hanya meningkatkan kawalan keselamatan di bahagian luar pintu masuk Penjara Kajang. Selain itu, kawalan keselamatan dilaksanakan oleh pihak penjara itu sendiri,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top