Umum

Bekas PM dan anak perlu membayar tunggakan cukai RM1.7 bilion

Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus yang diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan berjumlah melebihi RM1.7 bilion.

Dengan keputusan tersebut, Najib dan Mohd Naziffudin perlu melunaskan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion, bagi tahun 2011 hingga 2017 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Keputusan itu diperoleh selepas lima panel Mahkamah Persekutuan pada Isnin, diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu dan Nazifuddin terhadap penghakiman terus diperoleh LHDN untuk mendapatkan nilai cukai itu.

Pada Julai 2020, 2 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Najib dan Mohd. Nazifuddin kemudiannya membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 22 dan 6 Julai 2021 oleh Hakim Datuk Ahmad Bache dan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Rayuan tersebut bagaimanapun gagal untuk mengetepikan penghakiman terus itu.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

kerajaan Malaysia menerusi LHDN juga memfailkan writ saman terhadap Mohd. Nazifuddin pada 24 Julai 2019, mendakwanya masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran dari 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

PALING POPULAR

To Top