Umum

Najib Razak sudah pulih COVID19, dibenarkan pulang ke penjara Kajang

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan COVID-19, telah dibenarkan pulang ke Penjara Kajang, hari Ahad.

Menurut Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi, ujian saringan COVID-19 kali kedua yang dijalankan ke atas bekas Perdana Menteri itu pada hari Jumaat menunjukkan keputusan negatif.

Walaubagaimanapun pihak HKL masih menjalankan pemantauan ke atas tahap kesihatannya sehingga 5 November.

Katanya, setelah doktor membuat pemeriksaan terakhir pada tarikh tersebut, beliau dibenarkan pulang ke Penjara Kajang.

Dalam masa sama, Muhamad Mukhlis menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penjara, khususnya Penjara Kajang dan pegawai perubatan Penjara Kajang yang prihatin dengan kesihatan dan kebajikan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu media melaporkan, Najib telah dikejarkan ke hospital selepas mengadu deman, yang kemudiannya disahkan positif COVID-19, namun berada dalam keadaan stabil.

PALING POPULAR

To Top