Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberi kenyataan di laman Facebook beliau mengatakan tindakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus ‘cermin diri’ sebelum menyerang Perdana Menteri Malaysia mengenai ketidakstabilan ekonomi dan kegagalan ketika mentadbir.
Beliau berkata, sedangkan negara berdepan kegagalan teruk semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ketika itu.
“Malaysia juga tidak boleh meletakkan harapan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan negara kerana kerosakan ekonomi dalam tempoh 22 bulan mentadbir”, ujarnya.
Mari, kita senaraikan mengapa Zahid Hamidi perlu berundur!
Pertama, Zahid Hamidi berhadapan dengan 47 kes Mahkamah.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah KL hari ini untuk perbicaraan membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah & 27 pertuduhan pengubahan wang haram, babitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM65 juta. pic.twitter.com/JrsuRt1B11
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 23, 2022
27 kes pengubahan wang haram, 8 kes menerima rasuah dan 12 kes jenayah pecah amah dibawa ‘Yayasan Akalbudi’.
Kedua, membawa sifat bongkak, angkuh dan sombong yang dibenci rakyat.
Masih ingat ketika kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRN) Melaka dan Johor, beliau begitu bongkak dengan mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk membubarkan parti.
Beliau juga dengan tidak segan silu turun pada malam kemenangan walhal sepanjang PRN berlangsung beliau tidak munculkan diri.
#BHnasional Najib tunda tarikh ke Singapura, ganti Zahid Hamidi bantu jentera UMNO dalam PRN Melaka https://t.co/a1arSzuZVs
— Berita Harian (@bharianmy) October 22, 2021
Adakah beliau menghormati PM Malaysia? Sama sekali tidak, beliau dengan bangga beriringin bersama Najib Razak sehingga menepikan Ismail Sabri.
Ketiga, President UMNO yang paling lemah dalam sejarah UMNO.
Hanya mahu selamatkan diri sendiri dan bukan lakukan segala usahanya demi parti, rakyat dan negara.
Ia seperti kenyataan beliau pada Top-5 UMNO baru-baru ini yang sanggup memperjudikan nasib rakyat dengan ingin berkempen ketika banjir, dan membubarkan parlimen secepat mungkin dikala rakyat tengah ketakutkan dalam menghadapi banjir besar yang diramal oleh Netmalaysia pada November nanti.
Berikut petikan ucapan saya semasa Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) pada 17 September 2022:
"Kita tahu ada kekangan akhir tahun ada banjir. Ada hujan lebat, tetapi kalau PM (Perdana Menteri) bubar masa banjir pun kita sanggup redah untuk berkempen. pic.twitter.com/cRHWRvIUvd
— Presiden UMNO AZH (@presidenumnoazh) September 21, 2022
Adakah beliau ingin segerakan PRU kerana ingin menyelamatkan diri daripada kes Mahkamah?
Keempat, khianat pejuangan UMNO dengan bekerjasama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
DS Tajuddin turut menyebut Ahli-ahli Parlimen yang menandatangni Akaun Bersumpah (SD) semasa menyokong DS Anwar Ibrahim sebagai PM.
Beliau menyebut – Ahli Parlimen itu adalah DS Nazri Aziz, DS Najib Razak, dan DS Ahmad Zahid Hamidi.#malaysiagazette pic.twitter.com/dHL9KhXsUY
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) June 27, 2022
Walaupun Zahid menafikan perjumpaannya bersama Anwar namun, Annuar Musa telah mendedahkan terdapat sokongan hitam putih kepada Anwar untuk menjatuhkan kerajaan PN.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melafazkan sumpah laknat bagi menafikan rakaman audio mirip suara mereka yang tersebar di media sosial.https://t.co/L8gcR84arD #QuoteSinar #AudioZahid pic.twitter.com/60JNWsvMzk
— SinarHarian (@SinarOnline) April 9, 2021
Agendanya adalah untuk pembentukan jajaran baru politik, kerana kerajaan mempunyai majoriti tipis dan rapuh. Beliau juga menganggap keadaan politik sebegini tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi negara.
UMNO juga ada menasihatkan PN untuk mencari jalan yang sama untuk menguatkan jumlah majoriti.
Kelima, khianat rakyat Malaysia.
Ketika rakyat sedang berdepan dengan Covid-19. Zahid Hamidi bersama Najib Razak cuba berunding dengan DAP dan Anwar untuk gagalkan bajet 2021 dengan meletakkan beberapa syarat.
Percubaan itu juga sah tidak menghormati amanat Agong supaya bajet itu tidak dipolitikan.
Keenam, tidak berbincang dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, komponen parti lain dalam BN, PAS dan pelbagai pihak.
Setiap tindakan peribadi beliau yang bersifat ditaktor tanpa berunding, berbincang dan menghormati orang lain adalah salah satu sifat kepimpinan yang seharusnya ditolak oleh pelbagai pihak.
Ketujuh, punca perpecahan UMNO.
TAJUDDIN TELANJANGKAN ZAHID HAMIDI !!
Pendedahan Tajuddin Abdul Rahman, seolah-olah membogelkan terus Presiden UMNO, dan sekaligus mengiyakan bahawa segala apa yang dibicarakan berkenaan DSZH adalah tepat 100%.
. pic.twitter.com/IoA66uoNaG— 🇲🇾 Reza Razali 🇲🇾 (@_rezarazali_) June 27, 2022
UMNO dibawah kepimpinan beliau tidak konsisten, sentiasa Flip-Flop dan tiada hala tuju. UMNO kini berpuak-puak dan mempunyai dua cabang yang berbeza.
Adakah wajar perkara itu terjadi, sebagai Presiden beliay patut menjadi agen penyatuan.
Kelapan, Umum genjatan politik.
BN desak agar PRU diadakan tahun ini walaupun banjir https://t.co/cCYngqgQhO
— Zdee AB (@ZdeeAb) September 17, 2022
Ketika rakyat sedang berdepan masalah kenaikan harga barang, pengangguran, inflasi dan perubahan cuaca yang tidak menentu. Beliau mengasak PM untuk membubarkan parlimen.
Mengapa tidak memperjuangkan masalah rakyat terlebih dahulu, menerima teguran dan cuba memperbaiki kerajaan sekarang agar nampak ia lebih telus dan cekap dalam menyelesaikan masalah.
Jadi, siapa yang perlu ‘cermin diri’ ketika ini?