Umum

Zahid bagaikan “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”, kenapa?

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberi kenyataan di laman Facebook beliau mengatakan tindakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus ‘cermin diri’ sebelum menyerang Perdana Menteri Malaysia mengenai ketidakstabilan ekonomi dan kegagalan ketika mentadbir.

Beliau berkata, sedangkan negara berdepan kegagalan teruk semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ketika itu.

“Malaysia juga tidak boleh meletakkan harapan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan negara kerana kerosakan ekonomi dalam tempoh 22 bulan mentadbir”, ujarnya.

Mari, kita senaraikan mengapa Zahid Hamidi perlu berundur!

Pertama, Zahid Hamidi berhadapan dengan 47 kes Mahkamah.

27 kes pengubahan wang haram, 8 kes menerima rasuah dan 12 kes jenayah pecah amah dibawa ‘Yayasan Akalbudi’.

Kedua, membawa sifat bongkak, angkuh dan sombong yang dibenci rakyat.

Masih ingat ketika kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRN) Melaka dan Johor, beliau begitu bongkak dengan mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk membubarkan parti. 

Beliau juga dengan tidak segan silu turun pada malam kemenangan walhal sepanjang PRN berlangsung beliau tidak munculkan diri.

Adakah beliau menghormati PM Malaysia? Sama sekali tidak, beliau dengan bangga beriringin bersama Najib Razak sehingga menepikan Ismail Sabri.


Ketiga, President UMNO yang paling lemah dalam sejarah UMNO.

Hanya mahu selamatkan diri sendiri dan bukan lakukan segala usahanya demi parti, rakyat dan negara.

Ia seperti kenyataan beliau pada Top-5 UMNO baru-baru ini yang sanggup memperjudikan nasib rakyat dengan ingin berkempen ketika banjir, dan membubarkan parlimen secepat mungkin dikala rakyat tengah ketakutkan dalam menghadapi banjir besar yang diramal oleh Netmalaysia pada November nanti.

Adakah beliau ingin segerakan PRU kerana ingin menyelamatkan diri daripada kes Mahkamah?

Keempat, khianat pejuangan UMNO dengan bekerjasama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Walaupun Zahid menafikan perjumpaannya bersama Anwar namun, Annuar Musa telah mendedahkan terdapat sokongan hitam putih kepada Anwar untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Agendanya adalah untuk pembentukan jajaran baru politik, kerana kerajaan mempunyai majoriti tipis dan rapuh. Beliau juga menganggap keadaan politik sebegini tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi negara.

UMNO juga ada menasihatkan PN untuk mencari jalan yang sama untuk menguatkan jumlah majoriti.

Kelima, khianat rakyat Malaysia.

Ketika rakyat sedang berdepan dengan Covid-19. Zahid Hamidi bersama Najib Razak cuba berunding dengan DAP dan Anwar untuk gagalkan bajet 2021 dengan meletakkan beberapa syarat. 


Percubaan itu juga sah tidak menghormati amanat Agong supaya bajet itu tidak dipolitikan.

Keenam, tidak berbincang dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, komponen parti lain dalam BN, PAS dan pelbagai pihak.

Setiap tindakan peribadi beliau yang bersifat ditaktor tanpa berunding, berbincang dan menghormati orang lain adalah salah satu sifat kepimpinan yang seharusnya ditolak oleh pelbagai pihak.

Ketujuh, punca perpecahan UMNO.

UMNO dibawah kepimpinan beliau tidak konsisten, sentiasa Flip-Flop dan tiada hala tuju. UMNO kini berpuak-puak dan mempunyai dua cabang yang berbeza.

Adakah wajar perkara itu terjadi, sebagai Presiden beliay patut menjadi agen penyatuan.

Kelapan, Umum genjatan politik.

Ketika rakyat sedang berdepan masalah kenaikan harga barang, pengangguran, inflasi dan perubahan cuaca yang tidak menentu. Beliau mengasak PM untuk membubarkan parlimen.

Mengapa tidak memperjuangkan masalah rakyat terlebih dahulu, menerima teguran dan cuba memperbaiki kerajaan sekarang agar nampak ia lebih telus dan cekap dalam menyelesaikan masalah.

Jadi, siapa yang perlu ‘cermin diri’ ketika ini?

PALING POPULAR

To Top