Umum

BN umpama Titanic hampir karam

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terbaru, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengumumkan Yang di-Pertuan Agong bertitah pada Rabu agar satu kerajaan perpaduan perlu dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi isyarat jelas bahawa Istana Negara mahukan kelompok elit politik berhenti bermain catur dalam menentukan hala tuju pentadbiran negara, sebaliknya berjiwa besar bekerjasama sesama mereka untuk membentuk sebuah kerajaan stabil, kukuh dan efisien.

Hal ini susulan usaha pembentukan kerajaan pasca PRU15 menemui jalan buntu, dengan masa hadapan negara kembali terletak di tangan 221 ahli Parlimen dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelamatkannya.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top