Umum

DAP pujuk rakyat Sarawak pula setelah UMNO setuju bersekongkol

Setelah UMNO memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepadanya untuk turut bersama dalam kerajaan baharu, DAP hari ini memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sarawak, jika ada kenyataan menyinggung perasaan yang dibuat sebelum ini.

Permohonan maaf itu dibuat dalam usaha memujuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong Kerajaan Persekutuan yang bakal DAP dan UMNO menerusi Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataannya hari ini, Setiausaha Agung DAP berkata beliau telah bertemu Premier Sarawak Abang Abdul Rahman Zohri Abang Openg di Kuching.

Katanya beliau telah mengadakan perbincangan yang mesra dengan Premier Sarawak dan berharap satu persefahaman baharu dapat dibuka.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra.

Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Malam tadi, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan sebulat suara mereka akan bersama Pakatan Harapan (PH) – yang turut dianggotai DAP -menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MT dipengerusikan Presiden UMNO Zahid Hamidi, yang tamat kira-kira jam 1.15 pagi ini (24 November 2022) dan menyaksikan kegembiraan dikalangan ahli parti itu apabila dapat duduk bersama DAP dan bertuankan kepada Anwar.

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu berkata MT telah mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran perbincangan dengan PH dan Perikatan Nasional (PN).

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” katanya.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top