Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa bakal melaksanakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma kepada wanita daripada golongan kurang berkemampuan dalam usaha memerangi kemiskinan haid dalam komuniti.
Menurut beliau, sebagai permulaan, inisiatif itu akan dilaksanakan di pejabatnya sendiri dan akan dikembangkan ke seluruh kementeriannya juga berharap ia bakal mendapat sokongan di seluruh KKM.
“Saya sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama elok kita lakukan di KKM sendiri.
“Saya mulakan tugas di Pejabat Menteri (dengan) pemberian tuala wanita,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan pertamanya, di sini, pagi ini.
“Selepas itu kita akan lihat perincian termasuk perkara mengenai kesedaran berkenaan haid,” katanya.
Namun, Dr. Zaliha Mustafa seperti tidak memahami siapa kumpulan sasaran program bantuan untuk rakyat miskin.
Kenapa mesti di pejabat menteri yang kakitangannya gaji beribu sebulan, kenapa tidak dilakukan di kawasan pendalaman atau luar bandar?
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.