Umum

Mangsa banjir seluruh negara meningkat 2,550 orang

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,550 orang melibatkan 755 keluarga di lima negeri setakat jam 7 pagi Isnin.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak dan Johor.

Di Pahang, 11 PPS dibuka dalam lima daerah bagi menempatkan seramai 573 mangsa banjir yang secara keseluruhannya terdiri daripada 171 keluarga.

Bagi Kelantan pula, lima PPS yang terletak dalam sebuah daerah menempatkan 376 keluarga berjumlah 1,157 orang.

Selain itu, di Perak, 134 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan dalam satu PPS.

Di Johor, 27 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan dalam satu PPS dalam satu daer

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top