Umum

Saman, sekat suara rakyat menjadi-jadi bawah kerajaan pimpinan PH

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) menyifatkan tindakan pemimpin kerajaan PH-BN menyaman mana-mana pihak yang mengkritik mereka sebagai satu kegilaan baharu.

Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat turut berpendapat kerajaan gabungan pimpinan Pakatan Harapan (PH) itu juga menyekat kebebasan dan kreativiti anak muda di media sosial.

Bagaimanapun, menurutnya walaupun kedua-dua tindakan itu dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil sejak kebelakangan ini, beliau yakin anak muda terus menzahirkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional.

“Selain kegilaan menyaman sesiapa sahaja yang mengkritik mereka, Kerajaan Gabungan pimpinan PH ini juga menyekat kebebasan dan kreativiti anak-anak muda di media sosial.

“Perikatan Nasional yakin anak muda yang sayangkan negara akan terus menzahirkan sokongan mahupun kritikan mereka mengikut cara dan kreativiti di platform pilihan mereka.

“Mereka tidak akan berhenti daripada menyuarakan apa yang mereka perjuangkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan saman yang dilakukan Anwar terhadap pemimpin pembangkang, termasuk Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terbaharu, Anwar dilaporkan menyaman pula Ahli Parlimen Kuala Terengganu (Perikatan Nasional-PAS), Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan kononnya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung penerimaan gaji ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Anwar kini menggunakan saluran guaman bagi melenyapkan semua kritikan terhadapnya.

Bagaimanapun, Wan Saiful turut bertanya sama ada Anwar mahu menyaman bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Adam yang membuat kenyataan tidak enak terhadap kewibawaan Anwar dan mengaitkan Perdana Menteri dengan salah laku moral.

Kerajaan PH-BN yang turut disertai DAP juga sebelum ini, menyekat dan memadam kreativiti anak muda di media sosial, khususnya TikTok, yang mengkritik kerajaan.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top