Umum

“Tolong tiga orang ni buat group Whatsapp”, Netizen mula muak dengan pergolakan rumah tangga Puteri Sarah.

Setiap pasangan di dunia ini pasti mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Namun, ‘kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang’ begitulah yang boleh disifatkan cerita antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Baru-baru ini, Pelakon Puteri Sarah telah mengeluarkan satu kenyataan menzahirkan rasa kasihan terhadap pihak ketiga berkahwin secara ‘cowboy’ tanpa sebarang majlis resepi dan terpaksa menyembunyikan perkahwinan.

Puteri Sarah juga telah mempersoalkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof yang konon-kononnya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi kerajaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Lepas itu, tak mengaku? Nak saman Jawi tu dah betul-betul pasti ke? Sis tanya saja. Nak sambung makan popcorn (bertih jagung). Kat Disneyland (Jepun) ini popcorn sedap,” tulisnya berbaur sindiran menerusi satu entri Instastory.

Beliau yang sedang bercuti bersama dua anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah di Jepun itu mencetuskan spekulasi ramai apabila memberi bayangan seolah-olah Syamsul sebenarnya sudah berkahwin lagi di Thailand.

Dalam duka, kasihan pada Puteri Sarah yang digantung tidak bertali ini ada juga ‘netizen’ yang mula meluat apabila hampir setiap hari cerita rumah tangga mereka ini dipamerkan dilaman sesawang.

Ramai juga yang memberi nasihat, agar cerita rumah tangga ini disimpan dan diselesaikan secara baik tanpa melibatkan orang luar.

Semoga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat menyelesaikan masalah ini secara baik, aman dan damai.

PALING POPULAR

To Top