Kita bekerja untuk membawa manfaat kepada diri sendiri, syarikat dan ekonomi.
Jangan berkerja keras sehingga abaikan kesihatan.
Faham! Korang sedang berjuang melalui liku-liku kehidupan dengan ekonomi yang tidak menentu selepas Covid.
Namun, kerja keras itu perlu ada rehat ya kerana ia mampu mampu membahayakan kesihatan korang. Mesti tertanyakan bagaimana kerja boleh menyebabkan masalah psikologi dan fizikal, padahal kita happy je sebab setiap bulan ada duit.
Tertekan
Tipulah, dalam setiap pekerjaan tiada tekanan kan? Ini adalah satu masalah yang paling kerap terjadi. Antaranya, masalah hubungan korang dengan rakan sekerja ataupun Boss. Ia adalah satu beban, walaupun kadang korang macam malas nak layan tapi sedikit sebanyak ia mampu memberi tekanan dalam tugasan harian korang. Fuh! Bila nak meletup tapi kena sabar, boleh migrain hari-hari.
Burnout ‘Burning Sindrome’
Bila dengan rakan sekerja pun dah tak ngam, kerja mesti jadi huru-hara. Masa itulah kita akan rasa burnout, satu tekanan yang muncul dan tidak akan hilang. Lagi-lagi bila kita fikir ‘hari ini pasti akan sama seperti semalam’. Walaupun kerja kita jalan seperti biasa, tapi hati seperti berada di tempat lain. Argh! Satu perasaan yang sangat menyakitkan, boleh menitis air mata.
Kemurungan
Kerja yang berlebihan, tanpa rehat yang cukup boleh membawa kepada kesedihan dan kemurungan. Apabila setiap hari kita habiskan masa untuk travel bekerja, menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga kita lupa macam mana nak bersosial. Belum lagi, masa ambil ‘Annual Leave’ (AL) pun kena kacau. Baik, tak payah bagi cutikan? Bagila pekerja atau rakan sekerja enjoy the moment time bercuti, ingat kita ini robot ke?
Tidur tak cukup
Bila seharian berada di Office, malam mesti kita akan cuba menghabiskan masa yang tertinggal untuk mencari sinar kebahagian. ‘But please… do something on your time sleep’ ingat, Kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Malam, lupakan pasal kerja ataupun office. Marilah, kita bermimpi dan bangun dengan satu semangat baru walaupun office korang sendu!
Jadi, diharapkan pindaan akta pekerja 1955 yang bermula pada 1 Januari 2023 ini mampu membantu anda mengurangkan ‘burnout’ dalam pekerjaan.
Sekiranya, syarikat korang melanggar peraturan ini. Korang boleh terus download aplikasi ‘working for workes’ (WFW), dan report mengenai perkara tersebut.
Jadi sayangilah diri korang, dan keluarga. Pernah dengan tak pepatah berkata ‘syarikat kalau korang tak ada mereka boleh cari orang baru’ hihi.