Umum

Saya dipanggil SPRM bukan sebagai suspek, hanya beri keterangan – Muhyiddin

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung bantuan rangsangan Covid-19 Jana Wibawa, dan beliau bukan suspek dalam siasatan.

Menurutnya, beliau telah memberikan kerjasama yang baik ketika memberi kenyataan dan SPRM juga menjalankan tugas mereka dengan baik.

Muhyiddin berkata, Jana Wibawa, pakej yang bertujuan membantu kontraktor Bumiputera, dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan. Tambahnya, agensi anti-rasuah itu mungkin akan memanggil bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, untuk turut disoal siasat.

Selain itu, beliau telah meminta pasukan peguamnya meneliti tindakan undang-undang terhadap beberapa tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Kita dah minta peguam kita teliti. Tak berhenti-henti fitnah terhadap saya. Anda semua baca, anda media, tuduhan macam-macam, media arus perdana bawa berita itu, televisyen pun bawa berita itu.

“Saya ini dah 50 tahun dalam kerajaan, tiada kes tuduhan rasuah kepada saya. Tiada salah guna kuasa. Bukan nak kata itu tapi tak report saya lama-lama dulu masa Timbalan Perdana Menteri? Tiada.

“Saya ikut peraturan. Saya nak tegaskan saya pegang teguh pada keluhuran undang-undang tapi mereka tak yakin. Mereka golongkan saya macam golongan perompak yang lain. Saya tidak begitu,” katanya.

Tambahan, perkara yang terjadi ini telah mencalarkan imej beliau dalam prinsip dan akan sentiasa berpegang kepada prinsip yang benar.

Muhyiddin turut meluahkan kekecewaan dengan beberapa kenyataan yang seolah-olah menuduh beliau salah guna kuasa dan rasuah.

“Sesuatu perkara seperti itu tidak seharusnya mudah dikeluarkan kenyataan sampai hari iniā€¦ macam menuduh ini serius, yang dituduh ini, saya mantan Perdana Menteri, saya juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN)

“Tapi saya tahu muslihatnya adalah politik supaya orang akan marah saya orang fikir saya perompak, penipu salah guna kuasa.

“Pertama kalau tidak curi duit, rasuahlah, tapi dia kata saya salah guna kuasa? Adakah saya salah guna kuasa?

“Di mana pihak berkuasa tapi undang-undang, ada Akta Perbendaharaan Kewangan. Itu bukan di peringkat saya, itu di peringkat Kementerian Kewangan. Klau saya luluskan pun tidak sah,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

Copyright Ā© 2021

To Top