Umum

‘Sekarang kita tahu kenapa kita dipecat dan digantung kerja’ – Hishammuddin

Ahli Parlimen Sembrong mempertikaikan kenapa Menteri Dalam Negeri ‘diheret’ supaya menggunakan kuasanya dalam isu mengecualikan UMNO daripada klausa Akta Pertubuhan.

“Apa sudah jadi dengan UMNO ini? Sekarang diheret pula Menteri KDN. Inilah sebab kita dipecat dan digantung – just in case menteri tak bagi pengecualian,” tulis Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau menulis demikian dalam ruangan komen media sosial bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ yang mengulas isu yang sama semalam.

Hishammuddin antara tokoh UMNO yang digantung selama enam tahun oleh parti baru-baru ini selain KJ yang dipecat.

Semalam, KJ menganggap tidak benar dakwaan kononnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggunakan kuasa untuk mengecualikan UMNO daripada klausa Akta Pertubuhan bagi menyelamatkan parti itu daripada diharamkan.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, dalil tersebut telah digunakan oleh pihak yang bersimpati dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top