Umum

UMNO masih jauh untuk kembalikan semula kepercayaan orang melayu kata TokMat

Gambar Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berpendapat, UMNO masih jauh untuk mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu terhadapnya susulan kekalahan pada PRK Kemaman Sabtu lalu.

Katanya, tugas mengembalikan kepercayaan orang Melayu ke pangkuan Umno adalah sukar tetapi bukan mustahil.

“Tetapi buat masa ini, Umno mesti menerima realiti orang Melayu masih jauh daripada mempercayainya sebagai wakil politik mereka yang berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Keputusan itu menyedarkan Umno mesti mempunyai ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.

Memgulas lanjut, beliau berkata, PRK Kemaman itu adalah indikasi jelas mengembalikan kepercayaan Melayu ke pangkuan Umno adalah perjalanan jauh, tidak linear dan memakan masa panjang.

“Sesuatu harus dilakukan segera. Generasi muda berpotensi untuk dimenangi dan diraih sokongan mereka. Hanya kaedahnya mesti sesuai citra, aspirasi dan keperluan kehidupan mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata PRK Kemaman memberi pedoman mengimbangi politik perkauman dan agama adalah sukar dan kompleks.

Katanya, bukan mudah untuk menghadirkan pilihan jalan politik sederhana kerana ideologi pelampau kanan, retorik perkauman dan agama, semuanya sangat mudah untuk dimanfaatkan bagi meraih populariti.

“Umno tidak boleh tergelincir dari landasan kesederhanaan kerana ia benteng penting untuk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

“Ia hanya menewaskan Umno tetapi tidak sesekali mematikan Umno. Ia adalah pertandingan dalam liga demokrasi yang ada menang dan tewas.

“Umno hanya tewas, seperti pelbagai kekalahan yang pernah ia lalui. Di lain ketika, pasti akan ada kemenangan untuk Umno,” katanya

PALING POPULAR

To Top