Umum

Lenggong, Perak menyimpan seribu satu tarikan yang wajib diterokai…

Kalau bercerita mengenai Perak pasti korang terbayang Ipoh ataupun Menara Condong, Teluk Intan tapi negeri Perak ini luas chor. Korang kena teroka dan pasti akan amaze dengan keindahan ciptaan Tuhan di Malaysia.

Korang pernah dengar Lengggong, Perak? Ia terletak hampir 80 kilometer dari utara Ipoh. Lenggong mula mendapat perhatian masyarakat berikutan penemuan rangka manusia tertua di Malaysia yang dikenali sebagai ‘Perak Man’ di Gua Gunung Runtuh.

Korang mesti excited nak tahu lebih lanjut mengenai Lenggong?

Kedai Mamu, Kg Temelong

Sebelum memulakan aktiviti sehari di Lenggong ini, apa kata kita isi perut di Kedai Mamu, Kg Temelong yang terletak 2km dari pekan Lenggong. Breakfast paling ngam, sambil melihat pemandagan Sungai Perak.

Pelbagai menu makanan pagi seperti nasi lemak, kuih-muih yang paling recommended roti sarang special. Rotinya sangat lembut, dengan berintikan ikan sardine sebagai pelengkap. Dibuka setiap hari kecuali isnin dan  beroperasi dari pukul 6.30am sehingga 12.30pm

📍Waze/Google Maps:

Mamu D’Sungei (Roti Canai), Kg Temelong, Lenggong

Lata Kekabu

Bagi yang tengah ‘waterfall hunting’ sesuai sangat untuk jadikan Lata Kekabu, Lenggong ini sebagai ‘check list’ korang.


Korang hanya perlu berjalan sekitar 10-15 minit untuk sampai ke second stage air terjun ini dan melihat keajaiban alam. Fuh, really recommended bagi korang yang nak bawa family. Dahlah masuk percuma tau!

Selain itu, ia mempunyai beberapa kemudahan lengkap seperti ruang meletak kereta, tapak perkhemahan, bilik persalinan, tandas, surau, gazebo dan dewan serbaguna.

Gua Kajang

Gua Kajang adalah gua yang pertama dijalankan ekskavasi di negara ini, iaitu pada tahun 1917. Kajian pertama ini menemui pecahan tembikar, alat batu, sisa makanan dan juga rangka manusia.

Selain itu, di Gua Kajang ini juga menempatkan Gua Puteri yang terletak di ketinggian 94 meter dari atas aras laut. Struktur formasi Gua Puteri ini amat menarik untuk dilihat kerana terdapat banyak bentuk stalaktit dan stalagmit seperti peta Malaysia, pasangan mempelai yang sedang bersanding, berbentuk kepala gajah, kelambu dan macam-macam lagi.

Gua Puteri ini mempunyai pelbagai cerita misteri dan mitos hiburan cerita rakyat.

Bagi korang yang teringin untuk meneroka Gua di Lenggong ini, korang perlu mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah Lenggong dan seorang guide. Korang boleh hubungi Encik Afifi di 0175041360 untuk mengetahui lebih lanjut.

Rumah Rusa Ayah An

Kalau korang nak tahu Lenggong dalam usaha menjadikan hab ternakan Rusa terbesar di Malaysia, hampir 200 hektar tanah dijadikan sebagai ladang ternakan.

Dekat Rumah Rusa Ayah An ini, korang berpeluang untuk bergambar, bermain dan bagi makan. Jangan risau Rusa dekat sini semua jinak-jinak belaka. Bagi yang nak rasa keenakan daging Rusa boleh juga beli  di sini, harga sekitar RM75 sekilo.

Galeri Aki Aji

Rumah yang dinamakan Galeri Aki Aji adalah milik Lukhman Mahmud, seorang pencinta barangan antik yang sudah semestinya mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Rumah ini menyimpan hampir 500 koleksi barangan antik  dan kesemuanya pasti mengembalikan nostalgia zaman dahulu.

Korang akan lihat sendiri pelbagai barangan tradisional yang digunakan dalam kehidupan seharian termasuk untuk penanaman padi, perkahwinan, wang lama mahupun senjata tradisional. Salute dengan semangat Aki Aji sanggup menyimpan segala barangan ini bagi dipamerkan kepada next generation agar tidak ditelan dek zaman.

Masjid Raja

Masjid Raja ini merupakan masjid kedua tertua di Perak yang berusia 500 tahun.

Masjid ini dibina pada 1539 dan siap sepenuhnya pada 1541 dengan bercirikan reka bentuk Melayu, Riau, Sumatra, Minangkabau, Deli dan Langkap.

Kisah pembinaan masjid ini mempunyai nilai sejarah tersendiri dengan membabitkan kerajaan Islam Melaka dan permulaan Kerajaan Perak. Korang kena datang untuk lihat sendiri, kemegahan Masjid Raja ini yang masih utuh sehingga ke hari ini.

Dangau Mak Ani

Penat berjalan, perut mesti berkeroncongkan? Apa kata korang singgah ke Dangau Mak Ani.

Dekat Dangau Mak Ani, korang akan dihidangkan dengan pelbagai masakan kampung yang pasti memecahkan selera. Antara hidangan Mak Ani seperti Masak Lemak Rambutan, Sambal Nyiur, Pekasam Ikan Loma… Ini favorite, ulam-ulaman dan cendol sagu rumbia.

Selain itu, dekat sini korang boleh juga belajar cara buat tikar mengkuang dan bermacam-macam lagi. Bagi korang yang nak datang ke Dangau Mak Ani, korang boleh hubungi Nurul di 0194105981. Jangan main serbu je nanti menyesal tak sudah.

Menitik Bedak Sejuk

Bedak sejuk ini merupakan satu rawatan kecantikan traditional Melayu yang digunakan oleh wanita turun temurun bagi mencantikan kulit, membersihkan cela dan meratakan tona kulit.

Dibuat hanya dengan menggunakan beras, namun ia mengambil masa 12 bulan untuk merendam beras putih di dalam air yang perlu ditukar setiap minggu bagi mengelakkan ia reput.

Sekiranya korang berminat untuk menitik bedak sejuk ini korang boleh hubungi Kak Elly di 0165012956

Abang Uu Roti Canai

Sebelum meninggalkan Lenggong ini, elok sangat kita cuba roti canai Abang Uu yang paling terkenal dengan keenakan murtabak ayam dan dagingnya.

 

Bukan itu sahaja, kedai Abang Uu ini menyediakan makanan bergoreng seperti maggie, kuey teow, bihun dan kuih-muih. Jadi bolehlah pelbagaikan cita rasa pagi korang di sini, sambil menikmati suasana pagi di rumah kampung.

📍Waze/Google Maps

Roti Canai Abang Uu, Teluk Batu, Lenggong

Apa macam Lenggong best tak? Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Lenggong yang boleh diterokai antaranya Mini Amazon Kg Beng, Tasik Raban dan Outdoor Festival Lenggong (ODF).

KAHF Outdoor Festival Lenggong

Lenggong sekali lagi dipilih buat kali kedua sebagai lokasi karnival selepas kejayaan edisi pertama dengan mengumpulkan lebih daripada 1,000 peminat aktiviti luar termasuk dari luar negara.

Festival yang dianjurkan LOCCO dengan kerjasama KAHF  ini berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Jun di Resort Tasik Raban.

Antara aktiviti yang menarik perhatian penggunjung seperti perkhemahan, berkayak, memanah, merentas desa, pendakian dan berbasikal. Ia menerapkan beberapa aspek kehidupan rakyat melalui gaya hidup sihat, ia turut dimeriahkan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam.

Jadi, kalau next year ada lagi jangan lupa join ya…

Fuh, penangan Lenggong ini dasyat tau. Sekali datang terus jatuh cinta dengan keindahan gunung ganang, tasik dan sungai yang terbentang luas. Sesuai untuk korang yang nak lari dari hiruk pikuk bandar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lenggong, Perak boleh check out…

OutdoorFest@outdoorfestmy

Majlis Daerah Lenggong@panoramalenggong

Tourism Perak@tourismperak

Kaki Travel@kakitravelnet

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top