Umum

Ahli Bersatu digesa bangkit lawan kejahatan

AHLI-AHLI Bersatu digesa bangkit melawan kejahatan yang sedang menyerang demi melumpuhkan parti itu.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu boleh menganiaya dirinya, tetapi mereka tidak boleh menghancurkan Bersatu.

“Kita mesti bangkit melawan. Mereka boleh dakwa saya. Mereka boleh aniaya saya. Tetapi mereka tidak boleh hancurkan Bersatu.

“Bersatu ini bukan saya. Bersatu ini kita semua. Mereka mendakwa saya untuk melemahkan saya.

“Mereka juga mendakwa Datuk Wan Saiful untuk melemahkan saf kepimpinan Bersatu. Tetapi mereka lupa. Seorang didakwa, jutaan ahli dan penyokong Bersatu akan bangkit menentang kejahatan mereka,” kata dalam ucapan dasar merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Menara PGRM Kuala Lumpur pada Ahad.

Sehubungan itu Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional menasihatkan semua asli tidak berasa berasa lemah dan gundah-gulana dengan siri
pemangsaan politik oleh pihak yang rakus kuasa.

“Kita bukan tidak pernah berhadapan dengan cabaran dan dugaan. Di peringkat awal dahulu, kita pernah melalui episod di mana parti kita hampir-hampir diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana kita didakwa tidak mematuhi perlembagaan parti.

“Walaupun kita telah menjelaskan kepada Pendaftar Pertubuhan bahawa semua langkah yang diambil adalah tidak bercanggah dengan perlembagaan parti, tetapi perintah pembubaran sementara tetap diambil terhadap
Bersatu.

“Kita tahu bahawa tindakan tersebut adalah bermotifkan politik semata-mata untuk menyekat kemaraan Bersatu pada ketika itu yang semakin mendapat dokongan rakyat dalam menentang kleptokrasi.

“Namun, itu semua tidak melemahkan semangat kita.

Kita bangkit berjuang dengan segala kudrat yang ada sehingga kita berjaya menjatuhkan kerajaan kleptokrat UMNO dan Barisan Nasional, dan menamatkan dominasi mereka selama lebih enam dekad dalam
pemerintahan negara,” katanya.

Sumber: Satu Berita

PALING POPULAR

To Top