Umum

Ahli Parlimen Bukit Gantang sedia sokong PM sekiranya diberi peruntukan

Gambar Facebook

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN) berkata beliau sedia menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim jika diberi peruntukan sebagaimana diterima wakil kerajaan.

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Belanjawan 2024, sambil berkata peruntukan itu antara lain akan membolehkannya membangunkan kawasan diwakilinya.

“Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang kepada menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (Zahid Hamidi), dengan hati yang ikhlas, kalau diluluskan RM30 juta ini. Saya juga nak melihat sejauh mana kerajaan Madani adil dalam memberikan peruntukan.

“Dalam Dewan yang mulia ini, saya mohon jika saya mendapat peruntukan ini untuk dibangunkan kawasan saya. Saya akan memberi sokongan kepada yang amat berhormat Datuk Seri dan kerajaan Madani,” katanya.

Sehingga kini, sejumlah 4 wakil rakyat dari Bersatu telah menyatakan sokongam terbuka kepada kepimpinan Perdana Menteri termasuk yang terbaru, Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik.

3 lagi Ahli Parlimen adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Ahli Parlimen Labuan dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

 

PALING POPULAR

To Top