Umum

Amang seksual terhadap pelajar, seorang warden dihukum 7 tahun penjara dan 6 sebatan.

Gambar Hiasan

Seorang warden sebuah madrasah di Muar, Johor dihukum penjara 7 tahun dan 6 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar atas 2 tuduhan melakukan amang seksual terhadap 2 pelajarnya pada November dan awal tahun ini.

Dilaporkan Harian Metro, Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Habib Yusri Yusof, 45, mengaku bersalah atas dua tuduhan tersebut.

Menurut tuduhan pertama, Habib Yusri didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar berusia 14 pada jam 12 tengah hari, 4 Januari lalu.

Habib Yusri juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar warga Rohingya berusia 16 tahun pada jam 7.30 pagi, November tahun lalu.

Kedua-dua kejadian itu berlaku di madrasah tempat tertuduh bekerja.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 16 akta sama yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

PALING POPULAR

To Top