Buletin

Anak Jutawan Naza Bakal Kahwin Anak Billionaire Berjaya

Selalunya bila sebut anak jutawan Naza, ramai yang hanya kenal SM Nasarudin, yang juga suami kepada pengacara dan model terkenal, Marion Counter.

Tapi ramai yang tak tahu, jutawan terkenal Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin memiliki seorang lagi anak lelaki yang kacak, iaitu SM Faliq SM Nasimuddin

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila anak perempuan kepada billionaire Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan kongsikan gambar manis apabila dia dilamar oleh kekasih hatinya, SM Faliq.

30.6.2017 ❤️

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on

Mana tidaknya, kedua-duanya merupakan anak jutawan. Memang pasangan merpati dua sejoli. Sama cantik, sama padan. Mesti ramai wanita cemburu.

Chryseis, 29, dan SM Faliq SM Nasimuddin, 32, telah mengenali satu sama lain sejak di zaman persekolahan lagi.

Raya day 2! ??

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on

Untuk siapa yang tidak tahu, Tan Sri Nasimuddin Amin merupakan pengasas kepada Kumpulan Naza. Kumpulan Naza adalah konglomerat milik swasta yang terbesar di Malaysia dengan perniagaan di industri automotif, hartanah, F&B dan telekomunikasi.

Manakala Tan Sri Vincent Tan merupakan pengerusi dan ketua eksekutif Kumpulan Berjaya dan pemilik 3 kelab bola sepak di seluruh dunia. Kumpulan Berjaya adalah konglomerat untuk pelbagai peniagaan, dari jualan langsung dan runcit kepada perkhidmatan kewangan dan perdagangan motor.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top