Umum

Ancam batal pendaftaran, MOM akan kemukan bantahan kepada Menteri sekiranya benar

Gambar Fb Norza Zakaria

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ekoran tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, yang dipercayai mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.

Dilaporkan media, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kenyataan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar daripada Suhardi kerana status MOM selaku badan payung persatuan sukan kebangsaan dijamin dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.

“Kenyataannya, andai ia benar, melambangkan niat jahat daripada Pesuruhjaya Sukan.

“Walaupun MOM tidak berada dalam perjumpaan berkenaan, ugutan itu dikeluarkan tanpa sebarang sebab,” ujarnya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari Jumaat.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Mohd Najib agar mengambil tindakan sewajarnya dengan mengemukakan bantahan, sekiranya ia benar berlaku.

Dikatakan tular di whatsapp sebuah klip audio berdurasi satu minit 20 saat memetik Suhardi mengugut membatalkan pendaftaran MOM.

 

PALING POPULAR

To Top